Seorang SUAMI Telah MELAHIRKAN Bayi Perempuan. Ini PUNCA Kenapa Suaminya Boleh Beranak Yang Buat Ramai TERKEJUT !!! | Pasangan songsang itu yang boleh dikatakan apabila seorang wanita pengkid bersama pasangannya iaitu seorang lelaki pondan telah melahirkan bayi perempuan, menurut Kosmo Online.
QUITO, Ecuador – Seorang bayi perempuan di sini mungkin berhadapan dengan krisis identiti suatu hari kelak apabila dilahirkan oleh seorang ‘lelaki’ yang sebelum ini merupakan wanita yang telah menukar jantina.
‘Bapanya’, Fernando Machado mengandung selepas menjalin hubungan dengan pasangannya, Diane Rodriguez yang dahulunya seorang lelaki tetapi kini menukar jantina kepada wanita.
Machado melahirkan bayi sulungnya itu pada Jun lalu dan merancang untuk mengandung lagi pada masa akan datang.
Meskipun belum mengumumkan nama bayi yang telah berusia 16 minggu itu, namun pasangan itu menggelarkannya sebagai Caraote atau bermaksud ‘siput’.
Machado turut berkongsi gambar kesan parut pembedahan selepas bersalin bagi mengelakkan prajudis atau salah faham. Mereka sebelum ini turut mengumumkan berita kehamilan itu di internet.
“Kami hidup sebagai pasangan lelaki dan wanita. Saya wanita ‘transfeminin’ dan Fernando merupakan lelaki ‘transmaskulin’. Proses pertukaran jantina adalah kompleks untuk kami berdua,” kata Machado. – Kosmo Online
0 comments:
Post a Comment