SEDIH!! Ayah Terus Ke Tempat Kerja Lupa Bayi Masih Dalam Kereta Akhirnya Ditemui Lemas Tidak Bernyawa

 SEDIH!! Ayah Terus Ke Tempat Kerja Lupa Bayi Masih Dalam Kereta Akhirnya Ditemui Lemas Tidak Bernyawa ..... SEDIH!! AYAH TERUS KE TEMPAT KERJA LUPA BAYI MASIH DALAM KERETA AKHIRNYA DITEMUI LEMAS TIDAK BERNYAWA. SEDIH!
Gambar Hiasan: Kredit Huffingtonpost.ca


Sedih!!! Meraung si ayah bila baru teringat yg isterinya pagi tadi meletakkan bayi mereka berusia 12 bulan di bahagian tempat duduk belakang kereta Mercedez miliknya.
Semuanya sudah terlambat bila pengasuh anaknya call pada jam 3 petang, kenapa masih tak hantar bayinya ke rumah spt biasa.

Bayi perempuan tersebut maut dipercayai tidak bernyawa akibat lemas setealah ditinggalkan oleh bapanya yang berketurunan Cina lebih lima jam dalam kereta miliknya bapanya, di sini, pagi tadi.  

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said, mengesahkan satu laporan telah dibuat oleh bapa mangsa.

Menurutnya, kira-kira 9.30 pagi tadi isterinya meletakkan anak mereka di bahagian tempat duduk belakang kereta untuk dihantar ke rumah pengasuh yang terletak tidak jauh dari kediaman pasangan berkenaan di Bandar Putra, dekat sini.  

"Kira-kira jam 10 pagi, bapa mangsa terus ke tempat kerja di Pekan Saleng, dekat sini tanpa menyedari bahawa bayi berkenaan berada di belakang kenderaannya. 

"Lelaki berkenaan kemudian menerima panggilan telefon dari pengasuh anaknya pada jam 3 petang, bertanyakan mengenai bayi berkenaan yang masih tidak dihantar ke rumahnya seperti kebiasaan. 


Laporan dibuat oleh bapa mangsa : Kredit Bunga Cing Cing


"Sejurus menerima panggilan itu, dia kemudian terus ke keretanya dan mendapati anaknya dalam keadaan dan dipercayai sudah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.  

Razak berkata, lelaki itu kemudian membawa anaknya ke Hospital Kulai, di sini sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.  

Katanya, proses bedah siasat akan dijalankan pada jam 10 pagi esok, bagi mengetahui punca kejadian dan polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut.  

Kes itu diklasifikasikan sebagai pengabaian kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Selanjutnya di : http://ift.tt/2cv55Lq
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : SEDIH!! Ayah Terus Ke Tempat Kerja Lupa Bayi Masih Dalam Kereta Akhirnya Ditemui Lemas Tidak Bernyawa

0 comments:

Post a Comment