SUNGAI Klang yang terletak di belakang flat Taman Sri Sentosa tempat seekor buaya muncul (gambar kecil) malam kelmarin.
|
KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,000 penghuni flat di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama dekat sini gempar dengan kehadiran seekor buaya tembaga sepanjang dua meter berhampiran kediaman mereka malam kelmarin.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.58 malam sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kita menerima panggilan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang memaklumkan kejadian itu.
“Berdasarkan maklumat, penduduk di situ ternampak reptilia tersebut di kawasan semak samun berhampiran perumahan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Menurut seorang pengawal keselamatan yang tinggal di flat Pinang 1B di kawasan perumahan berkenaan, Mohd. Yasin Allapitchey, 60, inilah kali pertama dia mendengar seekor buaya muncul dari Sungai Klang yang terletak kira-kira enam meter di belakang kawasan perumahan tersebut.
Katanya, sebelum ini dia hanya mengetahui pihak bomba menangkap haiwan lain seperti ular sawa dan ini merupakan kali pertama buaya muncul menyebabkan ramai penduduk turun untuk melihat sendiri haiwan itu.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Zainal Abidin Shafie, 50-an berharap haiwan itu segera ditangkap atas sebab keselamatan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://ift.tt/2d98rEj
Hakcipta terpelihara
0 comments:
Post a Comment