Selepas satu persatu kisah Atikah Suhaime dipaparkan di media sosial berikutan isu foto bogelnya bersama Idris Khan menjadi bualan hangat, kini timbul pula berita bahawa beliau sudah putus cinta dengan kekasihnya yang merupakan seorang juruterbang.
Menurut satu sumber, Atikah kini sudah mempunyai cinta hati baru hanya selepas seminggu berpisah dengan bekas kekasihnya.
Menerusi laman Twitter, seorang lelaki bernama Sherzod Yusuf memuat naik foto beliau berpegangan tangan bersama Atikah dengan status menggambarkan pelakon wanita itu adalah teman wanitanya.
Atikah juga ada "repost" status Twitter berkenaan.Untuk pengetahuan anda, Sherzod merupakan seorang model yang berasal daripada Uzbekistan dan sebenarnya cukup terkenal di Malaysia dan ramai gadis tempatan yang tergila-gilakannya.
Adakah Atikah tidak boleh tahan melihat ketampanan Sherzod? Tidak mengapalah, harap Atikah bahagia dengan pilihan hidupnya. - CARI
Sumber : beautifulnara.com
0 comments:
Post a Comment